Didenda Kerana Anjing

SEREMBAN – Seorang pemilik anjing terpaksa membayar denda RM2,000 atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga individu di Kampung Masjid, Lenggeng di sini April lalu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Lam Soon Seng, 52, dan jika gagal menjelaskan denda berkenaan dia juga turut berdepan hukuman penjara empat bulan.

Ini merupakan pertuduhan ketiga dihadapi tertuduh yang sebelum ini telah pun dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan sama.

Mengikut pertuduhan, pada 23 April 2014 jam lebih kurang 7 pagi di Kampung Masjid, Lenggeng Seremban dengan cuainya meninggalkan dua ekor anjing miliknya sehingga menyebabkan cedera kepada Rukimah Juwandi, 51.

Oleh itu dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda dengan penjara maksimum enam bulan, atau dengan denda yang hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguamnya, Ng Kee Way memohon supaya anak guamnya diberikan hukuman atau denda paling ringan berikutan ini kesalahan pertama dilakukannya, selain tidak terlibat secara langsung dalam kejadian menimpa mangsa.

Malah katanya, tertuduh juga turut berdepan dengan masalah kesihatan sejak dituduh di mahkamah dan telah menyebabkannya mengalami depresi.

Beliau juga turut memberikan beberapa alasan lain untuk dipertimbangkan mahkamah antaranya, kesempitan kewangan berikutan perniagaan tanaman cili diusahakan secara kecil-kecilan tidak menjadi akibat musim kemarau.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin.

 
SYAMILAH ZULKIFLI
8 JULAI 2014
Sinar Harian
 

0

error: Content is protected !!
Welcome to Messrs. Ng Kee Way & Co. (NKWC), CLICK to Whatsapp with respective lawyer in charge and we will get back to you as soon as possible! Thank You!
//
Lawyer Ng (Mr.) 黄律师
Family Matters, CIPAA, Debt Recovery, Will, LA & Probate, Child Adoption, Criminal Defence & etc.
//
Lawyer Khoo (Ms.) 邱律师
Corporate Dispute, Family Matters, CIPAA, Conveyancing Matters, Civil Litigation, Employment & etc.
Contact Lawyer 咨询律师